Monday, June 16, 2008

Jalan-jalan cari pasal..Road Tour 2008

Tmpt jatuh lagi di kenang..inikan pula tmpt bermain..di sinilah aku mula melihat dunia ini..



Tmpt idaman kaki pancing udang.. "Jongkong" pun ada tau..terletak lebih kurang 20 meter dr rumah makcik aku..besttt


Assalamualaikum...pekabo semua..??? Seronok tgk kawan2 yg dah smpi ke Arab...Aku bila lagi..??? Rasanye tak lama lagi kot...tunggu yo la smpi berkulat..haha... Terlanjur ada masa lagi ni...aku mengambil kesempatan untk berjln-jln bersama keluarga..ye la, nak amik / menghiburkan hati skit.. ni tah bila dpt jumpa lagi..( lain mcm jer bunyinye )..maksud aku pas ni dah tinggal berjauhan dan mungkin sibuk dgn kerja..cuti pun tah bila baru dapat balik meluangkan masa bersama-sama...
Ekspedisi kali ni dimulakan dr kmpg aku..Grisek, Muar...pd hari Isnin (9.6.08) tepat jam 4 ptg aku bertolak ditemani oleh org rumah, akak & mak cik aku..mak aku tak dpt turut serta sebab jaga cucu..sian dia tak dpt ikut( dulu sibuk menguruskan anak2..skang cucu lak..itulah kasih ibu yg tak terbalas..) Destinasinya ke rumah Atuk sedara aku ( En Hashim Jasa ) di Ampangan, Seremban..tepat jam 6 ptg kami smpi di rumahnya...Berburak lebih kurang..jam 7.30 mlm kami teruskan perjlnan menuju ke Air Tawar, Perak pulak..peerrhh yg ni jauh sikit..mcm ada papan kat pinggang aku..bisa menahan..Setelah lebih kurang 1/2 jam sesat di Kelang(nasib baik ada driver teksi yg tunjukkan jln )..akhirnye jam 1 pagi baru kami smpi ke rumah pak cik aku..alhamdulillah slmt smpi..mlm ni tumpang tido sini..jimat berlanjer skit...hehe
Inilah dia ibunda tercinta..tak smpt nak pkai tudung aku dah snap..

Beristirehat sejenak di perkarangan rumah pak cik aku En. Zainal Abidin








Esoknye bersamaan hari Selasa (10.6.08) jam 3 ptg kami bergegas plak ke Penang...saje jer tgk2 pemandangan kat sana di samping cari buah pala skit sbgi buah tgn...lebih kurang kul 7.30 mlm smpi la sana....sepanjang jln hujan lebat...syukur la perjlnan kami selamat..kwn kakak aku ajak bermlam di kediamannye..cantit..save lagi..( kat Bukit Jambul )

Rabu (11.6.08)...Seawal pukul 7 kami dah bergerak ( saing ngan member akak aku g keje).. Singgah sarapan lebih kurang...trus menuju ke Kuala Kedah...kat Butterworth berenti beli buah pala..(buah tgn utk kwn2)...cuaca elok..kali ni tak sesat..line clear..lebih kurang kul 10 pagi kami dah terpacak kat jeti Kuala Kedah..parking keta kat Masjid India..Ustaz yg jaga parking tu offer pakej penginapan ngan keta skali..boleh la..kang smpi sana tak payah pening2 lag nak cari..kow team terusss..Kul 10.30pg kami menaiki feri ke Pulau Langkawi..Perjlnan mengambil masa lebih kurang 2 jam..bleh tahan lama gak..12.30 smpi..trus amik keta dan trus check in kat Helang Hotel...ptg tu g shopping kat Padang Maksirat( Beras Terbakar )...antara tmpat yg kami pegi..Galeria Perdana..Cable Car..Langkawi free duty shopping centre..kedai2 kat pekan Kuah..pantai Cenang & Ko...itu jer la kot...maklumlah cuma 1 hari jer..mane nak smpt round semua skali..Esok ptg hari Khamis ( 12.6.08) kul 3.30 kami naik feri meninggalkan Pulau Langkawi...




Kul 6 ptg kami bertolak pulang menuju ke KL...berenti makan kat Sg Juru...pastu singgah kat Smpg Pulai pi cari buah limau Bali..ada la skit buat kenang-kenangan utk kwn2...Tepat jam 12 mlm kami smpi ke rumah pak cik aku yg sorang lagi..tak larat la nak drive smpi Johor..tido kat sini smlm...esok tgh hari baru la pulang ke tmpt asalku...

Sekianlah kisah percutian kami yg sederhana tapi amat menyeronokkan..smg ia menjadi kenagan manis yg abadi dlm hidup masing2...dgn harapan org rumah.akak dan mak cik aku gembira..bak kata member aku '" Jiwa tak bleh dibeli..tp bleh dibelai..." hahahaha.... Wassalam

Sunday, June 15, 2008

GLOBAL WARMING






Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Sumber
ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
- Petikan dr Wikipedia -
* Lihatlah betapa rakusnya tangan-tangan manusia memperlakukan kemusnahan terhadap bumi...adakah kita tergolong salah seorang darinya..masih ada masa utk kita bertaubat dan fikirkan utk generasi akan datang..insya'allah...