Sunday, August 31, 2008

Welcome Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum...

Pejam celik..pejam celik, dah dekat 2 bulan aku di sini..alhamdulillah segalanya berjalan lancar di sini..Kini tibalah bulan Ramadhan yg amat dinantikan oleh semua umat Islam..Dikesempatan ini aku nak mengucapkan "Selamat Berpuasa"..semoga dapat melaksanakan ibadah puasa dgn khusyuk,diberkati serta dirahmati oleh Alla swt..Ada gak member2 yg pergi ke Medinah utk sembahyang Terawikh..tp aku tak g..

Namun Ramadhan kali ini aku sambut bersama teman2 seperjuangan di sini..satu suasana & pengalaman yg baru tanpa keluarga yg berada nun jauh di Malaysia..semoga aku berjaya mengharungi cabaran berpuasa di sini dgn keadaan cuaca yg berlainan..Tentang waktu bekerja di sini pulak..department aku masuk keje kul 7.30pg-1.30ptg..ada department lain yg masuk kul 10.30pg-4.00ptg..waktu kerja dipendekkan sedikit sempena bulan yg mulia ni...ok gak tu...bg yg kerja shift dpt la claim OT..

Akhir kata...Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..maafkan aku di atas segala kesilapan & kekhilafan diri..Sekian..Wassalam

Friday, August 29, 2008

Jejak Rasul...Menyusuri gua Hira'

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,pd hari Rabu yg lepas aku berkesempatan ke makkah utk menunaikan umrah..kali rombongan kami semakin besar..36 org..termasuk member2 yg baru smpi..Pawi,Roy,Dino,Hamdan,Khalid,Jais,Mat Zin,Sanusi dll..1 MPV dan 5 buah keta digunakan utk mengankut kami semua..
Yang menariknyer, perjalanan kali ni akan menziarahi Gua Hira', tmpt di mana Rasullulah berkhalwat(bersendirian) & mula2 menerima wahyu dr Allah Swt..mujurlah ada Ustaz Abd Rahman memberi bimbingan dan menceritakan serba sedikit sejarah di tmpt ini..Kawasan gua ini terletak lebih kurang 8 km shj dari MasjidilHaram..Puncaknye lebih kurang 2500 kaki dr paras laut..Drpd wahyu pertama yg Allah Swt turunkan telah menunjukkan betapa pentingnya ilmu buat seseorang insan..ilmu jugalah yg membezakan antara seseorang..oleh itu tuntutlah ilmu sehingga ahkhir hayatmu..Di kaki gunung ini jugalah Rasullullah pertama kalinya melihat Jibril dlm keadaan rupa asalnya..Semasa aku nak mendaki gunung ni hingga ke puncaknye..menggigil satu badan..peluh jgn cerita la..brape kali masuk "Pit Stop" punya la azab..rasa mcm nak patah balik aje..namun alhamdulillah berkat kesabaran,akhirnya smpi juga aku ke tmpt yg dituju..Cuba bayangkan bagaimana isteri Rasullullah,Siti Khadijah mendaki gunung ini utk membawa bekalan makanan buat Rasullullah..begitulah tabah hati seorang wanita yg bergelar isteri..masya'allah.
Sekianlah coretan aku buat kali ini...renung-renungkan..insya'allah berjumpa lg di lain masa..Wassalam...

Tuesday, August 26, 2008

Kembali terjalin..

Asssalamualikum to all Bro..

Emmm...lama rasenye dah tak update ruangan ni...sorry r..sibuk dgn urusan harian, settlekan iqamah,account bank,lesen keta dll..maklumlah bukan "senang nak senang" kan..kan..Alhamdulillah semuanya dah settle..Keje buat masa ni ok..sibuk ngan punch list,safety observation & plant walkdown..yg paling lemah skali adalah nak ngajor budak2 OJT arab ni..psal aku ni bukannye instructor & hebat sgt pun,lgpun diaorg punyer malas tu ngalahkan aku..ciss..but one good thing diaorg ni very friendly,kira bleh buat bergurau lah....so far i'm enjoy working here..really..
Esok malam insya'allah kami semua akan ke Makkah utk buat umrah..rombongan kali ni mungkin dlm 35 org..ramai tuh..termasuk geng2 yg baru tiba ( Pawi & Roy )..Alhamdulillah,this is my 2nd times perform umrah..ada confident skit lah..hehehe..ok lah that it 4 now..mata dah kelat..ana nak tido dulu...insya'allah..next time ana will spent my time to update this column..ketemu lg lain masa...daaa..Wassalam

Thursday, August 7, 2008

Sejenak ku terkenang

Assalamualikum wbt...

Semalam genaplah sudah sebulan aku di sini..bumi Kingdom of Saudi Arabia..pelbagai pengalaman & pengajaran telah kuperoleh..namun kita akan sentiasa dlm proses pembelajaran..cuba belajar dan memahami erti kehidupan ini..selagi hayat dikandung badan..tuntutlah ilmu sehingga ke negara China..teringat kembali saat mula2 smpi di sini..bolehkah aku menyesuaikan diri di negara orang..kini aku dpt jawapannya..semuanya bergantung pd jati diri masing2..jika ada keyakinan dan kesungguhan pasti kita berjaya mengatasi walau di mana jua kita berada..insya'allah..
Berada jauh dr tanahair mengajar kita lebih berdikari, survival & memupuk semangat kenegaraan kerana kita bagaikan duta kecil di sini yg bakal mencerminkan pandangan bangsa lain terhadap nagara asal kita..eemm..Namun seperkara yg jgan dilupa adalah sokongan dr pihak tertentu..terutamanya keluarga..Trima kasih yg tak terhingga aku ucapkan buat isteriku,ibu,keluarga & kawan2 yg sentiasa memahami dan memberikan sokongan utk aku terus bertahan di sini..tanpa mereka semua..SIAPALAH AKU..???
Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberikan peluang sebegini..walaupun tanpa latar belakang akedemik yg baik aku mampu berada di sini..menjejaki kebesaran Islam..Wassalam

Saturday, August 2, 2008

Discover Madinah Al-Munawarah

Assalamualaikum...

Bertemu kembali...Alhamdulillah..pd hari Khamis(310708)yg lepas kami berpeluang utk ke Madinah Al-Munawwarah..Perjalanan kali ini disertai seramai 24 orang dan diringi Oleh Ustaz Salah(seorang pelajar di Madinah dr M'sia).Kami bertolak dr rumah jam 8 pagi..Tmpat pertama yg dituju adalah Bukit Badar yg mana di sinilah berlakunya peperangan Badar yg dimenangi oleh tentera Islam bimbingan Rasullullah..kemudian kami singgah di tanah perkuburan para syuhada di Perkampungan Badar..Seterusnya kami ke Masjid Quba utk menunaikan solat sunat..Masjid ini merupakan masjid pertama yg dibina oleh Rasullullah ketika beliau mula2 smpi di Madinah..Berhampiran masjid ini terletaknya sebuah ladang Kurma,kami singgah utk membeli buah tangan & berehat sebentar...Destinasi seterusnya adalah Masjid Qiblatain(dua kiblat)..menurut Ustaz Salah di masjid inilah Rasullullah menukarkan arah Qiblat dari BaitulMuqaddis ke arah Baitullah(arah kiblat skrng) Atas perintah Allah swt..Kami menunaikan solat Zuhur di sini sebelum begegas ke Bukit Uhud lebih kurang 20 minit perjalanan dr sini..Di Bukit Uhud inilah tentera Islam telah ditentang hebat oleh tentera Musrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid Al-Walid..Saidina Hamzah telah mati syahid di sini,manakala Rasullullah pula telah patah giginya & mengalami luka2 di muka..kekalahan ini berpunca dr ketidakpatuhan sebahagian tentera Islam terhadap arahan Rasullullah..
Akhirnya kami telah sampai ke Masjid Nabawi di Madinah..berhenti solat Asar dan menziarahi Makam Rasullullah,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar..Rombongan kami bermalam di sini dan bertolak pulang pd keesokkan harinya selepas menunaikan solat Asar...
Begitulah rentetan pengembaraan kami ke Madinah Al-munawwarah..mengimbau kembali kesusahan Rasullullah dan para sahabat menyebarkan si'ar Islam..Terima kasih juga diucapkan kpd Ustaz salah yg telah bnyk memberikan penerangan dan bimbingan sepanjang perjalanan kami kali ini..sekianlah buat tatapan para pembaca..diharap dpt memberikan sedikit maklumat buat semua mahupun utk diri sendiri...Wassalam..