Saturday, August 2, 2008

Discover Madinah Al-Munawarah

Assalamualaikum...

Bertemu kembali...Alhamdulillah..pd hari Khamis(310708)yg lepas kami berpeluang utk ke Madinah Al-Munawwarah..Perjalanan kali ini disertai seramai 24 orang dan diringi Oleh Ustaz Salah(seorang pelajar di Madinah dr M'sia).Kami bertolak dr rumah jam 8 pagi..Tmpat pertama yg dituju adalah Bukit Badar yg mana di sinilah berlakunya peperangan Badar yg dimenangi oleh tentera Islam bimbingan Rasullullah..kemudian kami singgah di tanah perkuburan para syuhada di Perkampungan Badar..Seterusnya kami ke Masjid Quba utk menunaikan solat sunat..Masjid ini merupakan masjid pertama yg dibina oleh Rasullullah ketika beliau mula2 smpi di Madinah..Berhampiran masjid ini terletaknya sebuah ladang Kurma,kami singgah utk membeli buah tangan & berehat sebentar...Destinasi seterusnya adalah Masjid Qiblatain(dua kiblat)..menurut Ustaz Salah di masjid inilah Rasullullah menukarkan arah Qiblat dari BaitulMuqaddis ke arah Baitullah(arah kiblat skrng) Atas perintah Allah swt..Kami menunaikan solat Zuhur di sini sebelum begegas ke Bukit Uhud lebih kurang 20 minit perjalanan dr sini..Di Bukit Uhud inilah tentera Islam telah ditentang hebat oleh tentera Musrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid Al-Walid..Saidina Hamzah telah mati syahid di sini,manakala Rasullullah pula telah patah giginya & mengalami luka2 di muka..kekalahan ini berpunca dr ketidakpatuhan sebahagian tentera Islam terhadap arahan Rasullullah..
Akhirnya kami telah sampai ke Masjid Nabawi di Madinah..berhenti solat Asar dan menziarahi Makam Rasullullah,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar..Rombongan kami bermalam di sini dan bertolak pulang pd keesokkan harinya selepas menunaikan solat Asar...
Begitulah rentetan pengembaraan kami ke Madinah Al-munawwarah..mengimbau kembali kesusahan Rasullullah dan para sahabat menyebarkan si'ar Islam..Terima kasih juga diucapkan kpd Ustaz salah yg telah bnyk memberikan penerangan dan bimbingan sepanjang perjalanan kami kali ini..sekianlah buat tatapan para pembaca..diharap dpt memberikan sedikit maklumat buat semua mahupun utk diri sendiri...Wassalam..

3 comments:

Unknown said...

salam bro,korg botak nmpk lg hensem laa...klu blh kekalkan identiti baru nie...krm slm pd paraa2..bebdk kat sini rindu ngan dia punye mi sipot & airbatu msia dia...kiteorg mgkn pas raye baru sampai kot...wassalam....

Dida... said...

Salam, Gi Mekah @ Madinah ari tu x singgah bukit magnet kew? Lain kali, pegi lagi.. singgah erk.. aku nak tengok pemandangan dia.. bagus ko punya karangan.. padat dgn sejarah.. Jgn layan sgt lagu rindu-rinduan ni.. nnt buat korang stress jewk.. :)

skrol said...

Kompom ke lepas raye lu nak dtg nih..??? ana musykilah..but anyway u're welcome here..no problem..
kat sini nak layan lagu aper lg, dengar lagu arab kang tak paham pulak..??mmg ade plan pun nak g ke bukit magnet tu..tp tak ade jodoh lagi daa..maybe next time k..